Peranan Guru KAFA lantikan sekolah atau jemaah pengurusan adalah amat penting dari sumbangan membangunkan sekolah dan pembangunan KAFA di negeri perak disamping peranan guru KAFA lantikan sedia ada. Mengikut statistik terkini, terdapat hampir 200 guru KAFA lantikan sekolah atau jemaah pengurusan sekolah yang masih bertugas sehingga kini. Mereka ini merupakan bekas-bekas guru KAFA lantikan JAIPk/JAKIM atau penjawat awam yang melebihi 60 tahun yang tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi guru KAFA lantikan JAIPK/JAKIM. Malah, ada juga dikalangan mereka merupakan guru disekolah tersebut sejak bertahun-tahun lamanya. Ramai diantara mereka yang berperanan sebagai guru besar dan juga penolong kanan. Hal ini berlaku kerana penglibatan aktif dan pengalaman mereka sebagai bekas guru, bekas penjawat awam yang mahir dari segi pentadbiran organisasi. Jesteru itu, jemaah pengurusan sekolah tidak teragak-agak untuk melantik mereka sebagai pentadbir di sekolah. Tidak dinafikan peranan mereka dalam pembangunan KAFA sehingga peringkat Negeri. Sehingga ada yang sanggup menabur bakti dalam mencurahkan ilmu tanpa ada imbuhan atau bayaran. Ada juga diantara mereka yang di bayar dengan bayaran yang sedikit dibandingkan dengan ilmu yang dicurahkan. Ini berbeza dengan Guru KAFA lantikan JAIPk/JAKIM yang menerima elaun sebanyak RM 500.00 dan tambahan kerajaan negeri sebanyak RM 200.00 menjadikan jumlah elaun yang diterima oleh meraka berjumlah RM 700.00. Hal ini memperlihatkan kesungguhan guru tersebut dalam mendidik anak bangsa. Persoalanya adakah wajar imbuhan yang diterima oleh guru lantikan sekolah ini. Walaubagaimanapun, dengan perlantikan meraka sebagai pentadbir sekolah, terdapat beberapa keluh kesah dan permasalahan yang timbul. Diantaranya, penglibatan meraka dalam pengurusan KAFA diperingkat daerah. Banyak maklumat yang diterima, dimana segelintir dari mereka yang kurang memberikan kerjasama dengan alasan mereka adalah guru lantikan sekolah. hal ini akan memberi sedikit kesan dalam pengurusan KAFA diperngkat daerah. Ini juga akan merencatkan pejalanan dalam mentadbir urus KAFA diperingkat sekolah, daerah mahupun diperingkat negeri. Walaubagaimanpun, peranan pentadbir seperti Penyelia KAFA daerah dan Bahagian pendidikan, Jabatan Agama islam perak selaku orang yang bertangungjawab dan memegang amanah KAFA diperingkat negeri perlu lebih proaktif dalam memainkan peranan dan membela kebajikan guru-guru yang banyak menyumbang kepada pembangunan KAFA di negeri perak tercinta ini. Selayaknya mereka ini diberikan imbuhan yang setimpal dengan apa yang mereka berikan. Antaranya dengan mengusahakan pemberian elaun tetap setiap bulan dengan memohon peruntukan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak atau Kerajaan Negeri Perak. Dengan adanya imbuhan tersebut, akan memberikan semangat kepada mereka untuk terus berkhidmat dalam mencurahkan ilmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan