Khamis, 26 Ogos 2010
Seri conolly Bubur Lambuk
Satu gotog royong telah dia adakan untuk memasak bubur lambuk anjuran Surau An-Nur Flat Seri Conolly, untuk diagih-agihkan kepada penduduk Flat ini. Ini merupakan program tahun yang dijalankan.
Jumaat, 13 Ogos 2010
Anwar bimbang Bakun guna KWSP, wang pencen
Malaysiakini
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangannya terhadap kemungkinan kerajaan mengarahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang projek Empangan Bakun. Ini kerana, katanya, tindakan itu boleh menutup kerugian kerana projek itu akan mengalami kenaikan kos mendadak akibat kelewatan. "Siapa yang akan membayar kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion ini? "Adakah perdana menteri akan secara senyap-senyap mengarahkan KWSP dan KWAP melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang yang diberikan kepada projek Empangan Bakun, untuk menutup kerugian itu?" soalnya. Baru-baru ini, dilaporkan perbezaan pendapat antara kerajaan persekutuan dan Sarawak mengenai harga apabila projek ini diserahkan kepada kerajaan negeri. Perbezaan ini memungkinkan kerajaan pusat terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 bilion apabila projek ini diserahkan kelak.
Dalam satu kenyataan hari ini, ketua pembangkang berkata empangan Bakun menjadi lambang layanan BM yang berbeza-beza kepada rakyat dan syarikat besar dalam pemberian subsidi.
"Di mata BN, 20 sen subsidi bagi setiap kilogram gula yang dinikmati rakyat adalah beban yang cukup besar kepada pentadbirannya, tetapi pada masa yang sama ia menghadiahkan subsidi korporat berbilion ringgit kepada syarikat besar tanpa rasa bersalah sedikit pun," katanya. Katanya, sikap tidak peduli perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa membiarkan wang rakyat terus digunakan dalam projek itu sangat bertentangan dengan pendapatnya mengenai subsidi minyak dan gula. "...sedangkan sasaran penjimatan perbelanjaan kerajaan adalah terlalu kecil berbanding dengan wang rakyat yang digunakan untuk membiayai projek empangan Bakun setakat ini," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.
Khamis, 12 Ogos 2010
Isnin, 9 Ogos 2010
GURU KAFA LANTIKAN SEKOLAH ATAU JEMAAH PENGURUSAN
Peranan Guru KAFA lantikan sekolah atau jemaah pengurusan adalah amat penting dari sumbangan membangunkan sekolah dan pembangunan KAFA di negeri perak disamping peranan guru KAFA lantikan sedia ada. Mengikut statistik terkini, terdapat hampir 200 guru KAFA lantikan sekolah atau jemaah pengurusan sekolah yang masih bertugas sehingga kini. Mereka ini merupakan bekas-bekas guru KAFA lantikan JAIPk/JAKIM atau penjawat awam yang melebihi 60 tahun yang tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi guru KAFA lantikan JAIPK/JAKIM. Malah, ada juga dikalangan mereka merupakan guru disekolah tersebut sejak bertahun-tahun lamanya. Ramai diantara mereka yang berperanan sebagai guru besar dan juga penolong kanan. Hal ini berlaku kerana penglibatan aktif dan pengalaman mereka sebagai bekas guru, bekas penjawat awam yang mahir dari segi pentadbiran organisasi. Jesteru itu, jemaah pengurusan sekolah tidak teragak-agak untuk melantik mereka sebagai pentadbir di sekolah. Tidak dinafikan peranan mereka dalam pembangunan KAFA sehingga peringkat Negeri. Sehingga ada yang sanggup menabur bakti dalam mencurahkan ilmu tanpa ada imbuhan atau bayaran. Ada juga diantara mereka yang di bayar dengan bayaran yang sedikit dibandingkan dengan ilmu yang dicurahkan. Ini berbeza dengan Guru KAFA lantikan JAIPk/JAKIM yang menerima elaun sebanyak RM 500.00 dan tambahan kerajaan negeri sebanyak RM 200.00 menjadikan jumlah elaun yang diterima oleh meraka berjumlah RM 700.00. Hal ini memperlihatkan kesungguhan guru tersebut dalam mendidik anak bangsa. Persoalanya adakah wajar imbuhan yang diterima oleh guru lantikan sekolah ini. Walaubagaimanapun, dengan perlantikan meraka sebagai pentadbir sekolah, terdapat beberapa keluh kesah dan permasalahan yang timbul. Diantaranya, penglibatan meraka dalam pengurusan KAFA diperingkat daerah. Banyak maklumat yang diterima, dimana segelintir dari mereka yang kurang memberikan kerjasama dengan alasan mereka adalah guru lantikan sekolah. hal ini akan memberi sedikit kesan dalam pengurusan KAFA diperngkat daerah. Ini juga akan merencatkan pejalanan dalam mentadbir urus KAFA diperingkat sekolah, daerah mahupun diperingkat negeri. Walaubagaimanpun, peranan pentadbir seperti Penyelia KAFA daerah dan Bahagian pendidikan, Jabatan Agama islam perak selaku orang yang bertangungjawab dan memegang amanah KAFA diperingkat negeri perlu lebih proaktif dalam memainkan peranan dan membela kebajikan guru-guru yang banyak menyumbang kepada pembangunan KAFA di negeri perak tercinta ini. Selayaknya mereka ini diberikan imbuhan yang setimpal dengan apa yang mereka berikan. Antaranya dengan mengusahakan pemberian elaun tetap setiap bulan dengan memohon peruntukan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak atau Kerajaan Negeri Perak. Dengan adanya imbuhan tersebut, akan memberikan semangat kepada mereka untuk terus berkhidmat dalam mencurahkan ilmu.
Ahad, 8 Ogos 2010
Rahsia Buah Kurma
Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit. Buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering. Antara khasiat buah kurma ialah ;
1-Kaya dengan protein
2-Kaya dengan gula
3-Kaya dengan serat
4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C
5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.
Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma.
Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :
“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.
Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;
1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)
3-Glukosa(50.0~57.0%)
Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi, maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh.
Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa. Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga. Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan. Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya. Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya. Ini kerana buah kurma kaya dengan serat. Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus. Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal. Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita. Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita. Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.
Sabtu, 7 Ogos 2010
Gotong-royong
Satu Gotong-royong telah dijalankan oleh pihak surau An-Nur, Flat Sri Conolly pada 8 Ogos 2010 sempena persediaan menyambut bulan Ramadhan 1431 h yang akan menjelma.
En Rosdan yusof sedang membaiki PA system surau
En roslan
Langgan:
Catatan (Atom)