Rabu, 15 September 2010

Mengapa Kaum Yahudi Bijak??

Penulis:Dr.StephenCarrLeon
(setelah dialih bahasa)

 
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu.. Mengapa Yahudi Bijak??. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum YAHUDI, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Adakah bijak boleh dijana?

Maka saya tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

Amalan Ketika Mengandung

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab.. Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Amalan Pemakanan

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Merokok dan Taboo
Di Israel, merokok adalah taboo (haram), apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ?? tekalah sendiri..! Ys, Yahudi!

Amalan Pemakanan Pra-sekolah atau tadika
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Peringkat Sekolah Rendah
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus kepada sesuatu perkara.

Peringkat Sekolah Menengah

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Peringkat Universiti

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! (duit sebenar) Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Ibadah

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Perniagaan

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Guess, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg bodoh (bangang) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin mushkil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi bodoh dan bangang? saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin ya dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis karangan (essay) sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Khamis, 26 Ogos 2010

Seri conolly Bubur Lambuk

Satu gotog royong telah dia adakan untuk memasak bubur lambuk anjuran Surau An-Nur Flat Seri Conolly, untuk diagih-agihkan kepada penduduk Flat ini. Ini merupakan program tahun yang dijalankan.






Jumaat, 13 Ogos 2010

Anwar bimbang Bakun guna KWSP, wang pencen

Malaysiakini


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangannya terhadap kemungkinan kerajaan mengarahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang projek Empangan Bakun. Ini kerana, katanya, tindakan itu boleh menutup kerugian kerana projek itu akan mengalami kenaikan kos mendadak akibat kelewatan. "Siapa yang akan membayar kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion ini? "Adakah perdana menteri akan secara senyap-senyap mengarahkan KWSP dan KWAP melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang yang diberikan kepada projek Empangan Bakun, untuk menutup kerugian itu?" soalnya. Baru-baru ini, dilaporkan perbezaan pendapat antara kerajaan persekutuan dan Sarawak mengenai harga apabila projek ini diserahkan kepada kerajaan negeri. Perbezaan ini memungkinkan kerajaan pusat terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 bilion apabila projek ini diserahkan kelak.
Dalam satu kenyataan hari ini, ketua pembangkang berkata empangan Bakun menjadi lambang layanan BM yang berbeza-beza kepada rakyat dan syarikat besar dalam pemberian subsidi.



"Di mata BN, 20 sen subsidi bagi setiap kilogram gula yang dinikmati rakyat adalah beban yang cukup besar kepada pentadbirannya, tetapi pada masa yang sama ia menghadiahkan subsidi korporat berbilion ringgit kepada syarikat besar tanpa rasa bersalah sedikit pun," katanya. Katanya, sikap tidak peduli perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa membiarkan wang rakyat terus digunakan dalam projek itu sangat bertentangan dengan pendapatnya mengenai subsidi minyak dan gula. "...sedangkan sasaran penjimatan perbelanjaan kerajaan adalah terlalu kecil berbanding dengan wang rakyat yang digunakan untuk membiayai projek empangan Bakun setakat ini," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Isnin, 9 Ogos 2010

GURU KAFA LANTIKAN SEKOLAH ATAU JEMAAH PENGURUSAN



Peranan Guru KAFA lantikan sekolah atau jemaah pengurusan adalah amat penting dari sumbangan membangunkan sekolah dan pembangunan KAFA di negeri perak disamping peranan guru KAFA lantikan sedia ada. Mengikut statistik terkini, terdapat hampir 200 guru KAFA lantikan sekolah atau jemaah pengurusan sekolah yang masih bertugas sehingga kini. Mereka ini merupakan bekas-bekas guru KAFA lantikan JAIPk/JAKIM atau penjawat awam yang melebihi 60 tahun yang tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi guru KAFA lantikan JAIPK/JAKIM. Malah, ada juga dikalangan mereka merupakan guru disekolah tersebut sejak bertahun-tahun lamanya. Ramai diantara mereka yang berperanan sebagai guru besar dan juga penolong kanan. Hal ini berlaku kerana penglibatan aktif dan pengalaman mereka sebagai bekas guru, bekas penjawat awam yang mahir dari segi pentadbiran organisasi. Jesteru itu, jemaah pengurusan sekolah tidak teragak-agak untuk melantik mereka sebagai pentadbir di sekolah. Tidak dinafikan peranan mereka dalam pembangunan KAFA sehingga peringkat Negeri. Sehingga ada yang sanggup menabur bakti dalam mencurahkan ilmu tanpa ada imbuhan atau bayaran. Ada juga diantara mereka yang di bayar dengan bayaran yang sedikit dibandingkan dengan ilmu yang dicurahkan. Ini berbeza dengan Guru KAFA lantikan JAIPk/JAKIM yang menerima elaun sebanyak RM 500.00 dan tambahan kerajaan negeri sebanyak RM 200.00 menjadikan jumlah elaun yang diterima oleh meraka berjumlah RM 700.00. Hal ini memperlihatkan kesungguhan guru tersebut dalam mendidik anak bangsa. Persoalanya adakah wajar imbuhan yang diterima oleh guru lantikan sekolah ini. Walaubagaimanapun, dengan perlantikan meraka sebagai pentadbir sekolah, terdapat beberapa keluh kesah dan permasalahan yang timbul. Diantaranya, penglibatan meraka dalam pengurusan KAFA diperingkat daerah. Banyak maklumat yang diterima, dimana segelintir dari mereka yang kurang memberikan kerjasama dengan alasan mereka adalah guru lantikan sekolah. hal ini akan memberi sedikit kesan dalam pengurusan KAFA diperngkat daerah. Ini juga akan merencatkan pejalanan dalam mentadbir urus KAFA diperingkat sekolah, daerah mahupun diperingkat negeri. Walaubagaimanpun, peranan pentadbir seperti Penyelia KAFA daerah dan Bahagian pendidikan, Jabatan Agama islam perak selaku orang yang bertangungjawab dan memegang amanah KAFA diperingkat negeri perlu lebih proaktif dalam memainkan peranan dan membela kebajikan guru-guru yang banyak menyumbang kepada pembangunan KAFA di negeri perak tercinta ini. Selayaknya mereka ini diberikan imbuhan yang setimpal dengan apa yang mereka berikan. Antaranya dengan mengusahakan pemberian elaun tetap setiap bulan dengan memohon peruntukan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak atau Kerajaan Negeri Perak. Dengan adanya imbuhan tersebut, akan memberikan semangat kepada mereka untuk terus berkhidmat dalam mencurahkan ilmu.

Ahad, 8 Ogos 2010

Rahsia Buah Kurma


Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit. Buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering. Antara khasiat buah kurma ialah ;

1-Kaya dengan protein
2-Kaya dengan gula
3-Kaya dengan serat
4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C
5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.

Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma.
Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :

Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.

Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;
1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)
3-Glukosa(50.0~57.0%)

Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi, maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh.

Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa. Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga. Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan. Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya. Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya. Ini kerana buah kurma kaya dengan serat. Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus. Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal. Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita. Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita. Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.








Sabtu, 7 Ogos 2010

Gotong-royong

Satu Gotong-royong telah dijalankan oleh pihak surau An-Nur, Flat Sri Conolly pada 8 Ogos 2010 sempena persediaan menyambut bulan Ramadhan 1431 h yang akan menjelma.



En Rosdan yusof sedang membaiki PA system surau
En roslan

selamat datang

alhamdulillah